Pengurusan pusaka bagi harta arwah yang jumlah keseluruhannya dibawah RM 2 juta perlu dibuat di Bahagian Pusaka Kecil JKPTG. Di bahagian inilah perbicaraan kuasa mentadbir pusaka dan juga pembahagian akan dibuat serta perintah pembahagian pusaka seterusnya akan dikeluarkan. Bagi orang Islam, secara asasnya pembahagian akan dibuat berdasarkan hukum Faraid manakala bagi orang bukan Islam pembahagian adalah berdasarkan Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).

Di sini kami akan kongsikan secara ringkas cara dan dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan pusaka di Bahagian Pusaka Kecil JKPTG.

1: SIAPA YANG BOLEH BUAT PERMOHONAN?

Sesiapa dikalangan berikut boleh buat permohonan:

  1. Waris-waris simati;
  2. Pemiutang dan pengkaveat;
  3. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  4. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati.

2: APAKAH DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN?

Bagi permohonan kali pertama untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam Borang A (Subperaturan 3(1)) manakala bagi permohonan berikutnya bagi pusaka arwah yang sama perlu dibuat dengan Borang P (Subperaturan 12(1)).

3: APA DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN?

Bukti Kematian:

  1. Salinan sijil kematian atau;
  2. Surat akuan sumpah oleh 2 orang saksi bebas atau;
  3. Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh  Mahkamah Tinggi dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya  kejadian.

Dokumen Harta Tak Alih:

  1. Salinan geran tanah atau rumah
  2. Surat perjanjian jual beli rumah
  3. Salinan Hak Milik Strata
  4. Dokumen sokongan lain milikan harta tak alih

Salinan Dokumen Aset-Aset seperti:

  1. Salinan sijil saham
  2. Salinan buku akaun simpanan
  3. Salinan buku simpanan Tabung Haji
  4. Salinan hak milik kenderaan
  5. Salinan penyata KWSP
  6. Dokumen sokongan lain bagi milikan harta alih

Bersambung…