Bila kita menguruskan pusaka, kita akan jumpa istilah ini: Harta Alih ( Movable Property ) dan Harta Tak Alih ( Immovable Property ). Ini penjelasannya.
Harta Alih seperti namanya, ialah harta yang boleh di alih-alih. Semudah itu. Contoh harta alih seperti wang (dalam poket atau dalam bank), simpanan KWSP, saham syarikat atau koperasi, manfaat takaful, harta intelek, keahlian kelab ( kelab golf dan sebagainya), barang kemas, bar emas, koleksi berharga, kenderaan, barangan peribadi dan banyak lagi.
Harta Tak Alih pula seperti namanya, harta yang tak boleh di alih-alih. Contoh harta tak alih adalah seperti rumah, apartment, kondominium, flat, pangsapuri, tanah pertanian, tanah lot, unit pejabat dan yang seumpamanya.
Soalan menarik yang pernah kami terima: Macam mana rumah kampung yang dibuat dari kayu dan boleh diangkat-angkat? Jawapan: Rumah itu adalah harta alih kalau pemiliknya berbeza dengan pemilik tanah itu dan ia jadi harta tak alih kalau pemilik rumah dan tanah adalah orang yg sama.

Recent Comments