4: DIMANA PERLU HANTAR PERMOHONAN?
Permohonan boleh dihantar ke salah satu dari 36 unit pusaka kecil di seluruh negara dimana loksi harta arwah terletak. Jika harta arwah berada di lebih dari satu daerah maka hanya perlu hantar permohonan di satu tempat sahaja.
Bagi daerah-daerah yang mana tiada unit pusaka kecil, urusan penerimaan permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah berkenaan.
5: PERBICARAAN PUSAKA
Setelah borang permohonan yang lengkap diterima oleh unit pusaka kecil yang berkenaan, ia akan diproses dan seterusnya pemohon akan dimaklumkan berkenaan tarikh perbicaraan pusaka. Pihak-pihak yang dikehendaki hadir perlu hadir semasa perbicaraan dengan membawa bersama;
- Kad pengenalan
- Dokumen asal surat beranak
- Dokumen asal sijil nikah
- Dokumen asal sijil kematian
- Semua dokumen asal hak milikan harta tak alaih dan harta alih
- Dokumen asal sokongan lain yang dirasakan perlu semasa perbicaraan
Sekiranya terdapat waris yang tidak dapat hadir untuk perbicaraan tersebut, waris yang berkenaan boleh mengemukakan Surat Akuan Persetujuan (Borang DDA Peraturan 4A) dengan menyatakan secara jelas cara pembahagian yang dipersetujui. Borang ini perlu ditandatangani samada dihadapan Pentadbir Tanah, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
6: SELEPAS PERBICARAAN SELESAI
Selepas perbicaraan selesai, unit pusaka kecil yang berkenaan akan mengeluarkan perintah pembahagian harta pusaka kepada waris-waris untuk proses pindah milik. Proses pindah milik ini perlu diuruskan oleh pihak waris sendiri atau wakilnya. Pindah milik tidak akan berlaku secara automatik selepas perintah pembahagian dikeluarkan walaupun perbicaraan dibuat di Pejabar Tanah kerana ia adalah dua unit yang berbeza.
Sekiranya terdapat pertikaian atau tidak puas hati selepas perintah dikeluarkan oleh unit pusaka kecil, rayuan boleh dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh perintah tersebut dikeluarkan agar perkara tersebut dirujuk ke Mahkamah Tinggi.
Tamat.

Recent Comments