PAKEJ DOKUMEN HIBAH

Hibah adalah hadiah. Ia merupakan satu bentuk pemberian harta dalam Islam.

Islam telah mensyariatkan ‘HIBAH’ sebagai satu bentuk pemberian kasih sayang kepada sesiapa sahaja dan lebih-lebih lagi ia digalakkan kepada ahli keluarga kita seperti anak, isteri, suami dan ibubapa dan lain-lain.

Hibah melahirkan perasaan kasih sayang serta turut dianjurkan oleh Islam.

“Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi”. (Hadis Riwayat Bukhari)

 

 

APA YANG ANDA DAPAT?

Dokumen Hibah ini beri manfaat yang besar kepada Pewasiat dan juga waris-waris kerana memiliki ciri-ciri utama berikut:

1. BEBAS TENTUKAN PENERIMA HIBAH

Pemberi Hibah boleh menentukan sesiapa sahaja sebagai penerima hibah samada ahli keluarga terdekat atau jauh, bahkan samada Muslim atau non-Muslim. Pemberian Hibah yang membenihkan kasih sayang ini lebih-lebih lagi digalakkan jika dibuat anak-anak, suami isteri, ibubapa, adik beradik dan lain-lain lagi.

2. HIBAH TIADA HAD

Pemberi Hibah bebas menentukan sebarang jumlah atau nilai pada pemberiannya tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak. 

3. HIBAH ADALAH MUKTAMAD

Pemberian Hibah tak perlu dapat persetujuan mana-mana ahli waris bagi menguatkuasakan pelaksanaan Hibah. Bahkan endorsmen dari mahkamah juga boleh diperolehi sekiranya terdapat pertikaian dari mana-mana pihak.

4. HIBAH KEPADA ANAK/CUCU KANDUNG BOLEH DIBATALKAN

Sekiranya terdapat keperluan untuk menarik balik Hibah yang telah diberikan kepada anak/cucu kandung, ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa perlu mendapat persetujuan Penerima Hibah.

5. PENGUATKUASAAN HIBAH

Seperti mana penguatkuasaan Wasiat dan dokumen-dokumen lain, amalan dan Dokumen Hibah turut diiktiraf dalam peruntukan Hukum Syarak dan undang-undang Malaysia.

6. KHIDMAT NASIHAT GUAMAN PERCUMA

Pelanggan mendapat khidmat nasihat berterusan dalam perancangan dan pengurusan pusaka pelanggan sendiri dan mana-mana ahli keluarga terdekat.

7. DOKUMEN ADALAH SULIT DAN RAHSIA

Tanpa kebenaran Pemberi Hibah, Dokumen Hibah ini adalah sulit dan rahsia serta tidak boleh didedahkan kepada sesiapa kecuali dengan kebenaran Pemberi Hibah atau selepas kematiannya.